Sejak akhir-akhir ini banyak kes kematian bayi akibat tersedak susu,
boleh dikatakan setiap bulan ade saja kes sebegini dilaporkan.Bayi hanya
insan yang kecil tidak mengenali apa-apa lagi perbuatan manusia ,tidak
mampu untuk mengalihkan botol susu tersebut hanyalah mengharapkan
insan-insan disekelilingnya menjaganya..
Ingat lagi masa si along kecik-kecik dulu...dia selalu tersedak susu...abis kuar susu kut hidung...mula2 tengok memang panik dan takut...dah refer kat doktor..tp doktor cakap memang normal..xtau laa...syukur..angah dan adik ni tak selalu tersedak susu macam si along..
tapi sebagai ibubapa..kita kena selalu ambil langkah berjaga-jaga..
Apabila terjadinya kejadian seperti itu sudah tentu sekali ibu bapa
tersebut berasa amat sesal kerana kecuaian mereka atau pengasuh yang
tidak ambil berat tentang keselamatan bayi tersebut.
Sebab-sebab bayi tersedak susu
☆ Apabila
seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan
terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke
saluran pernafasan dan paru-paru mereka.
☆ Lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.
☆ Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan
☆ Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah
Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi.
☆ Ketika
menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan
kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula
mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya
air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
☆ Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
☆ Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
☆ Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
☆ Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.
Cara Rawatan jikalau Bayi Tersedak susu
☆ Tiarapkan
bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau
bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.
* Sekiranya bendasing di dalam mulut bayi tidak keluar ,dalam keadaan
duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung
genggaman tangan secara perlahan
* Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan.
* Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.
Semoga dengan adanya tips ini kita tidak akan panik dan boleh mengatasi
masalah bayi tersedak, bukan hanya untuk ibu bapa tapi untuk semua
jikalau berlaku pada bayi yang lain dan kita ada ditempat kejadian kita
boleh membantu menolong bayi tersebut, ingatlah bayi adalah anugerah
Allah SWT yang amat bernilai dan berharga, kasihi mereka dengan memberi
kasih sayang yang sempurna.
Sumber : PIICM
- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
-
Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
Nor Azimah binti Deraman
SID: 1069185
Call/whatsapp/sms : 012-3925240
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
emel: mia_idora2000@yahoo.com