Sunday, July 13, 2014

BAHAYA TIDUR SELEPAS SAHUR

Salah satu sunnah Ramadhan adalah mengakhirkan sahur. Dalam pelaksanannya, seperti yang dituturkan Anas radhiyallahu anhu dan diriwayatkan Imam Bukhari, Rasulullah dan para sahabat hanya mengambil jarak sekira lima puluh ayat menjelang Subuh.

Tidur selepas sahur memang aktiviti biasa dilakukan orang pada bulan puasa. Namun doktor pakar penyakit dalam, Ari Fahrial Syam, memberi nasihat sebaiknya hal itu tidak dilakukan. “Kerana makanan belum dicerna dan malah boleh berbalik dari perut ke kerongkong (atau biasa disebut beserta refluks) kerana pengaruh graviti,

Jika refluks berlaku, asid perut akan naik dan melukakan kerongkong.Kerana mengalami luka, kerongkong akan terasa panas seperti terbakar, dan mulut pun terasa pahit.

Untuk atasi masalah refluks asid perut ini, anda bolehlah tidur setengah duduk atau tidur menggunakan bantal yang tinggi.

Namun pensyarah Fakulti Perubatan Universiti Indonesia lebih menyarankan orang yang berpuasa tidak tidur selepas bersahur. seseorang boleh tidur dua jam selepas makan. “Tapi masih boleh diterima tidur satu jam selepas makan,

Makanan yang sukar dicerna, adalah makanan yang terlalu berlemak. Keju dan minyak dalam jumlah yang banyak akan memerlukan masa dua jam untuk dicerna.Sedangkan nasi dengan sayur berkuah atau telur dan ikan rebus biasanya memerlukan waktu satu jam untuk dicerna.
Untuk perut mempunyai masa untuk mencerna makanan sahur, kita digalakkan bersahur sejam sebelum imsak iaitu sekitar jam 4.30-5 pagi. yang ni memang dalam sunnah nabi pun ade cakap..supaya lewat2kan sahur..

Bila dah dekat waktu imsak, makanlah makanan dalam bentuk buah-buahan dan air masak.Dengan cara ini, ketika tidur, makanan sahur telah dicerna dan mengelakkan daripada terjadinya refluks. Selesai sembahyang subuh, jika memang sangat mengantuk, orang yang berpuasa digalakkan tidur sebelum menjalankan rutin harian...tu pon kalau sempat.

Makanan yang disyorkan ketika bersahur ialah nasi, kentang, dan ubi sebagai sumber karbohidrat.Untuk protein, daging, ikan, dan telur boleh menjadi pilihan. Lemak boleh diperolehi daripada minyak dan daging ayam .

Diingatkan kepada orang yang berpuasa elakkan makanan yang mengandungi lemak yang banyak untuk bersahur kerana susah dicerna.

Begitu juga pengambilan susu. Bagi yang berusia di atas 30 tahun, sebaiknya memilih susu rendah lemak atau tanpa lemak.

Jenis air yang disyorkan untuk bersahur adalah jus buah-buahan, seperti mangga atau jeruk, kerana mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Tapi jangan pakai gula atau susu.
  

 
KESAN TIDUR SELEPAS SUBUH PADA WAKTU PUASA

Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja.

Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.

Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi.

Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa.
Jika mahu tidur sebentar, saya cadangkan tiga puluh minit di waktu sebelum zohor. Selepas berwudhu dan solat zohor berjemaah, insyaAllah kita akan berasa segar walaupun berpuasa..
Sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad’s status.


- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 Call/whatsapp/sms : 012-3925240
 Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
 emel: mia_idora2000@yahoo.com
Fully Design By izza sakura