Salah
satu organ dalam diri manusia yang paling paling penting adalah hati. Hati kita berfungsi untuk menapis toksin ye, tiada
kaitan dengan neurologi keupayaan membuat pilihan. Ye la orang selalu
sebut "ikutkan hati". Itu bermaksud membuat pilihan buka secara kognitif
/ berfikir sebab kita tak boleh berfikir dengan hati!
Baik
hati, hati busuk, buah hati. Banyak simpulan kata (waa..last guna
perkataan ni zaman sekolah dulu..haha) berkaitan dengan hati. Bahkan
terdapat hadis sahih berkenaan hati lebih kurang begini maksudnya.
"Dalam diri manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baik
lah keseluruhannya. Jika buruk daging itu, maka buruk lah
keseluruhannya. Daging itu adalah hati". haaa. Hari ni saya nak cerita
produk Shaklee yang berperanan untuk detoks / cuci hati. Kredit
dari blog superbvitamin.
Pakar Gastroenterologi dari sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor, Dr. Loong Yik Yee, berkata :
"Amalan gaya hidup kurang sihat boleh menjejaskan fungsi hati yang menyebabkan kerosakan ketara kepada badan kita."
"Penyakit
hati ialah istilah luas yang meliputi semua masalah yang mungkin
menyebabkan hati gagal melaksanakan fungsi yang sepatutnya dilakukan."
Fungsi hati manusia adalah seperti berikut:
1. Rembesan Hempedu
- Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
- Hempedu diperlukan untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
- Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
- Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A
2. Bertindak sebagai Detoksifikasi
- Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
- Hati mengawal metabolisma protein
- Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
- Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
- Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul
3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
- Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentu yang lebih aktif
- Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
- Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
- GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
- Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
- Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin
4. Penting untuk metabolisme Lemak
- Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
- Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.
Bagaimana kita
nak jaga kesihatan hati kita? Jom kita mengenali dengan lebih dekat lagi
mengenai DTX Complex Shaklee Vitamin Merawat Hati kita.
Fungsi DTX Complex:
Biji Milk Thistle
- Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia.
- Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis.
Articok ( Artichoke)
- Membina semula sel-sel hati.
- Merangsang pengaliran hempedu.
Dandelion
- Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakan hati (hepatitis) dan jaundis.
- Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu, juga mencegah batu karang.
- Membantu merawat endometris.
- Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit.
- Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi - melawan anemia.
- Melawan tumor dan kanser
- Merendahkan paras gula dalam darah.
- Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air.
Cendawan Reishi (Ling Zhi)
- Membina imun- membantu dalam mencegah atau merawat kanser
- Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
- Merawat sindrom keletihan yang kronik
- Membantu mencegah sakit jantung.
Kunyit
- Mengandungi Curcumin- antioksiada
- Menigkatkan kesan anti keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan.
- Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV
Schizandra
- Mengandungi bahan antioksida.
- Merangsang sintesis protien
- Meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi
- Memperlahankan pembentukan toksin
kredit
- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
-
Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
Nor Azimah binti Deraman
SID: 1069185
Call/whatsapp/sms : 012-3925240
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
emel: mia_idora2000@yahoo.com