Assalaamualaikum w.b.t....
Hari nie saya nak share satu entry pasal gastrik....alhamdulillah...setakat nie saya dapat melaksanakan ibadat puasa tanpa sebarang masalah gastrik...anda di luar sana mesti ramai yang mempunyai masalah gastrik kan? Bila gastrik datang menyerang...rasa macam ada yang menekan-nekan kat dada, pedih ulu hati dan rasa sukar untuk bernafas. Ini terjadi kerana angin gastrik mula naik ke dada...haaa bahaya kan??
Jadi..apa itu gastrik sebenaryer...jom kita tengok..
GASTRIK
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit
keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan
yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria
helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada
kebanyakan ulser perut.
Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di
kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut
sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk
menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas
semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan
mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia
dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran
makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum
sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang
menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus
gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan.
Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan
boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair
bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan
melindungi tisu perut.
Punca-punca lain Gastrik:
- Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
- Pengambilan alkohol yang berlebihan
- Pengambilan kokain
- Merokok
- Stres
- Gangguan autoimun
- Penyakit crohn
- Radiasi dan kemoterapi
- Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
- Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
- Rembesan asid gastrik yang berlebihan
- Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
- Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan
oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan
pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang,
cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang
selera makan selepas makan sedikit.
Tip Sepanjang Bulan Puasa
- Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan
- Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
- Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
- Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
- Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
- Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
- Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
- Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
- Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
- Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.
SIMPTOM sakit atau senak perut tidak menjurus kepada gastrik
semata-mata. Banyak penyakit lain yang membabitkan gejala sama tetapi
punca berbeza seperti pedih ulu hati, batu dalam pundi hempedu, ulser
perut serta radang pankreas. Sama ada individu terbabit diserang gastrik
atau bukan, hanya dapat ditentukan selepas diagnosis.
Pakar Perunding Bedah Pengkhususan Gastrousus dan Laporososkopik
Lanjutan, Dr Abdul Fahmi A Karim, berkata masyarakat masih kurang
memahami petanda gastrik sebaliknya memberi tanggapan sebarang kesakitan
pada perut terutama ketika berpuasa adalah gejala awal penyakit ini.
Katanya, gastrik atau nama perubatannya, gastrisis merujuk kepada
inflamasi (radang) pada bahagian lapisan perut (mukosa) tetapi masalah
lazim ini turut digunakan bagi menerangkan pelbagai gejala yang
disebabkan inflamasi itu termasuk pedih ulu hati atau ketidakselesaan
perut.
"Sebelum menganggap diri diserang gastrik, individu harus mendapatkan
pemeriksaan dan nasihat pakar bagi mengelakkan kemungkinan mereka
menghidap penyakit lain yang lebih serius," katanya. Walaupun lapisan
mukosa sentiasa beralkali dan melindungi bahagian terbabit daripada
dirosakkan bahan memudaratkan seperti alkohol, ubat aspirin, makanan
berasid dan pedas serta asap rokok. Apabila lapisan ini semakin
terhakis, ia tidak mampu menjalankan tugas dengan baik hingga
menimbulkan radang.
"Sakit lebih dirasai apabila berpuasa disebabkan peningkatan tahap asid
dalam perut berikutan ketiadaan makanan. Asid sedia ada yang membantu
mencerna makanan berkumpul pada bahagian terbabit bersama asid yang
terhasil secara semula jadi berdasarkan tindak balas kimia.
"Apabila keadaan itu berlaku ditambah ketiadaan pelindung mukosa, radang
boleh berlaku tanpa mengira waktu. Selain pengambilan ubat dan
kemestian makan sahur bagi sumber tenaga, pesakit tidak digalakkan
membayangkan keenakan makanan kerana imaginasi atau faktor psikologi ini
mampu meningkatkan lagi keasidan perut," katanya.
Penghasilan asid secara semula jadi boleh berlaku menerusi tiga fasa
iaitu tindak balas kimia pada otak sebaik terbayang makanan, apabila
makanan di dalam mulut serta ketika proses penghadaman.
Sementara itu, jangkitan bakteria dikenali sebagai helicobacter pylori
(H pylori) juga antara penyebab gastrik. Ia mampu bertahan dalam keadaan
perut berasid, malah jangka hayatnya juga panjang. Dianggarkan sejumlah
74 peratus pesakit yang mengalami ulser gastrik mempunyai jangkitan
Hpylori.
FAKTA
Simptom gastrik
* Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan.
* Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut.
* Terasa loya.
* Berat badan turun.
* Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut
antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam.
* Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah).
* Kerap sendawa.
Penyakit lain berkaitan sakit perut
Pedih ulu hati - Masalah pedih ulu hati disebabkan beberapa faktor sama
ada daripada ulser gastrik (perut) atau ulser duodenum yang boleh
dikategorikan kepada jenis peptik. Ulser duodenum yang boleh
dikategorikan kepada jenis ulser peptik. Selain itu, refluks esofigitis
atau keadaan apabila pesakit terasa asid naik ke belakang mulut
(kepanasan) juga membuatkan seseorang terasa loya, payau, sesak nafas
dan batuk.
Batu dalam pundi hempedu - Boleh menyebabkan seseorang pedih
padabahagian ulu hati. Punca hanya boleh diperoleh menerusi ujian ultra
bunyi (Ultrasound) di perut, endoskopi, ujian darah dan pernafasan.
Sakit semakin teruk apabila mengambil makanan berlemak kerana ia
menyebabkan hempedu mengecut seterusnya menjadi kejang. Hampir 30
peratus menghidap batu hempedu tidak berasa sakit.
Radang pankreas - Kesakitan pada bahagian ini boleh dianggap
seriuskerana ia memberi makna pankreas sudah rosak berikutan keracunan.
Terlalu banyak alkohol antara punca yang membuatkan bahagian ini
tersumbat atau rosak.
Ulser perut - Terdapat tanda kemerah-merahan atau luka pada
dindingmukoza. Jika dibiarkan tanpa rawatan segera, luka sedia ada
menjadi bertambah teruk. Gejala ini juga boleh berlaku di bahagian usus
kecil.
Untuk mengatasi masalah gastrik ini juga anda bolehlah menggunakan suplement SHAKLEE iaitu SET GASTRIK SHAKLEE :-
1. ESP
~merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang tinggi sifat
alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.
~nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.
~nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.
2. B COMPLEX
-Bertindak
sbg penenang sekaligus dapat mengatasi tekanan yg dihidapi oleh pesakit
gastrik. B-complex sangat lengkap dengan vitamin B yg diperlukan oleh
tubuh dan sistem saraf.
3. OSTEMETRIX
~Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.
~Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.
Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG!
- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. -
Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
Nor Azimah binti Deraman
SID: 1069185
Call/whatsapp/sms : 012-3925240
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
emel: mia_idora2000@yahoo.com