Monday, November 24, 2014

Pemakanan Yang Seimbang Untuk Kanak-Kanak Pra Sekolah

Kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi di dalam pemakanan mereka untuk perkembangan yang sihat dan optimum dari semua aspek iaitu intelek, fizikal, emosi, rohani dan sosial. Kebanyakkan nutrien diperolehi dari pelbagai jenis makanan dan perlu diambil dalam kuantiti yang sesuai. Pengambilan nutrien yang tidak seimbang akan mengakibatkan pelbagai masalah kepada kanak-kanak seperti masalah kurang berat badan, obesiti dan anemia. Jadi guru perlu merancang menu makanan yang seimbang mengikut piramid makanan supaya murid-murid prasekolah mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya. Berikut merupakan jenis-jenis nutrien yang diperlukan oleh badan, :-

a) Karbohidrat
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

b) Protein
Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

c) Lemak
Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

d) Galian
Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

e) Vitamin
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh.

f) Serat
Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.
Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana ia membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan. Selain itu,ia juga membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental serta dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan. Makanan yang berkhasiat juga menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.

Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu kanak-kanak mendapat semua nutrien yang diperlukan. Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia

Pengambilan pemakanan yang kurang atau berlebihan boleh membawa kesan serius terhadap tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Masalah Ini mungkin merangkumi nutrien utama seperti protein, karbohidrat, lemak, termasuk juga vitamin dan mineral. Tanpa mengira sama ada kanak-kanak kekurangan atau berlebihan berat badan, mahupun mempunyai berat badan normal, mereka masih boleh mengalami masalah kekurangan mikronutrien seperti zat besi, kalsium, iodin.
 


Amalan pemberian makanan yang kurang sihat akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan berat badan atau terbantut serta boleh menjejaskan perkembangan kognitif. Sering kali, kanak-kanak ini juga akan mengalami kekurangan pelbagai vitamin dan mineral, yang paling umum adalah zat besi, iodin dan Vitamin A. Kanak-kanak yang kurang berat badan lebih kerap jatuh sakit kerana mempunyai daya tahan lebih rendah terhadap jangkitan.

Masalah pemakanan berlebihan timbul apabila kanak-kanak mengambil terlalu banyak makanan, khususnya yang tinggi kalori, dan kurang bersenam. Seorang kanak yang mempunyai berat badan berlebihan berkemungkinan akan menjadi remaja atau dewasa dengan berat badan berlebihan mahupun obes kelak. Kita semua tahu bahawa berat badan berlebihan merupakan satu faktor risiko penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser. Berat badan berlebihan atau obesiti juga boleh mengakibatkan kanak-kanak mempunyai tanggapan imej yang negatif terhadap fizikal badan dan kurang keyakinan diri. Pengambilan nutrien berlebihan juga boleh menjejaskan kesihatan akibat pengambilan mikronutrien seperti vitamin larut lemak (A,D, E dan K) secara berlebihan, tanpa mendapatkan nasihat profesional yang betul. Mikronutrien seperti vitamin boleh berkumpul di dalam tisu lemak dan akan menyebabkan ketoksikan.

Apakah pelaburan yang terbaik buat anak anda? adakah pakaian yang cantik dilihat sahaja..pastinya ramai ibu bapa yang mula membuka mata akan kepentingan memberikan keperluan untuk kesihatan anak-anak selain pakaian yang cantik juga permainan yang cukup hebat....

 
PELABURAN TERBAIK UTK ANAK2 adalah:


MealShake

 

# Mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan
# Kaya dengan sumber kalsium dan protein
# Amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat
# Pilihan protein soya terbaik anda

OmegaGuard


  # Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
Memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan

#Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi
# Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
# Meningkatkan sistem imunisasi
 Hanya yang TERBAIK dari sumber SEMULAJADI untuk si manja
 Mengekalkan kesihatan atau memperbaiki taraf kesihatan
kredit 


 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-

 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
012-3925240
 https://www.facebook.com/znzHealthcare 
mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

Sunday, November 23, 2014

Bayi Jaundis || Adakah Jaundis Merbahaya?


 

Apakah Jaundis?

 
Penyakit Jaundis merujuk kepada kehadiran warna kuning di bahagian kulit dan bahagian putih mata disebabkan terlalu banyak mendapan bilirubin di dalam badan. Bilirubin dihasilkan secara berterusan di dalam badan tetapi ia disingkirkan dengan cepat oleh hati dan dibebaskan di dalam najis. Jaundis tidak akan berlaku selagi bilirubin dapat disingkirkan dari badan dengan cepat berbanding penghasilannya di dalam badan. Jaundis berlaku disebabkan kehadiran bilirubin yang berlebihan dan tidak dapat disingkirkan oleh hati. Ia mungkin akibat pengeluaran bilirubin yang berlebihan atau bilirubin disingkirkan dengan perlahan oleh organ hati.

Jenis-jenis jaundis

Adalah penting untuk mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.
  1. Jaundis Normal/Physiologic 

Biasa terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu.
Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.
  1. Jaudis Pathologic

Terjadi akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah(kerap berlaku), kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.
  1. Jaudis Susu Ibu

Ini berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian.  Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.


Rawatan


Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan.
Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah.
Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.
  1. Jaundis Normal/Physiologic 

Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.
  • Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis. 
  • Elakan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
  • Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jaundis menyebabkan bayi anda mengantuk.
  • Jika bayi anda tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini. 
  • Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya adalah sensitif jangan diletakan secara terus kepada cahaya.
  • Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor anda tahu dadah yang anda ambil, jadi anda boleh hentikan atau mencari penganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya
  1. Jaudis Pathologic

Bayi perlu mendapat rawatan segera. Penyusuan badan perlu diteruskan. Kolostrum dan susu yang diterima akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Bayi yang sakit memerlukan lebih susu badan berbanding bayi yang sihat. Dalam kes tertentu bayi akan perlu menjalani penukaran darah.  Ini adalah langkah paling cepat dan perlu jika bayi mencapai tahap tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang dilakukan kerana proses phototerapi biasanya mujarab. Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda.
  1. Jaudis Susu Ibu

Penyebabnya kurang dapat dipastikan. Bayi boleh diberi susu formula buat seketika. Biasanya tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan. Namun anda tidak patut memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang terbaik.



Mengapa bayi mengalami jaundis?

Bayi yang sihat atau bayi yang tidak mengalami jaundis yang teruk sebenarnya mengalami jaundis fisiologikal. Kadangkala jaundis diakibatkan oleh beberapa sebab dan ujian akan dijalankan ke atas sampel darah untuk mengetahui penyebabnya.

Apakah yang menyebabkan Jaundis?

Jaundis mungkin disebabkan sel darah merah yang tak normal seperti kekurangan G6PD atau ibu dan bayi mempunyai kumpulan darah yang berbeza. Bayi yang menghidapi jangkitan juga boleh mendapat jaundis.


Apa yang akan terjadi selepas bayi dibenarkan keluar dari hospital?

Jika bayi anda dimasukkan ke dalam wad akibat jaundis, anda tidak perlu membiarkan bayi dirawat di wad sehingga bayi pulih seperti sediakala. Selalunya bayi masih mengalami sedikit jaundis semasa bayi dibenarkan keluar dari wad. Namun ia dijangka akan hilang dalam masa beberapa hari. Adalah penting untuk memastikan jaundis akan pulih sepenuhnya. Anda perlu membawa semula bayi anda untuk menjalani pemeriksaan seminggu selepas dikeluarkan dari wad. Jika bayi anda masih berwarna kuning, maka mungkin perlu menjalani beberapa ujian untuk mengetahui sebab-sebabnya. Jika jaundis masih hadir dan bayi anda mengeluarkan najis yang berwarna pucat, ini mungkin disebabkan saluran hempedu tersumbat dan bayi anda perlu dirawat dengan segera.

TANDA-TANDA BERBAHAYA

1      Kekuningan kulit yang sampai kebahagian bawah dada.
2  Kekuningan dikesan dalam masa 24 jam selepas bayi dilahirkan.
3   Bayi yang kekurangan enzim G6PD.
4   Bayi sentiasa menangis dengan gerak-geri anggota yang tidak normal.
5   Najis bayi berwarna pucat.
6    Bayi kurang aktif dan enggan menyusu.
7    Kuning bayi yang melebihi 14 hari umurnya.


KESAN-KESAN BURUK JAUNDIS YANG TERUK


1   Kecacatan otak
2    Kecacatan anggota (Cerebral palsy)
3     Masalah pendengaran, termasuk pekak
4     MAUT sekiranya berlanjutan


TINDAKAN PENTING YANG PERLU DIAMBIL OLEH IBU BAPA DAN PENJAGA


1  Maklumkan kelahiran dengan segera kepada jururawat masyarakat di klinik kerajaan yang berdekatan supaya beliau dapat membuat lawatan ke rumah.
2   Bawa bayi ke klinik kesihatan atau hospital dengan segera sekiranya bayi kuning.
3    Teruskan penyusuan ibu dengan lebih kerap.
4   Elakkan ubat tradisional atau herba secara minum atau mandi/sapu untuk bayi dan ibu.
5     Menjemur bayi di bawah matahari adalah tidak berkesan dan merbahaya.


PERANAN DOKTOR DAN JURURAWAT

1    Pemeriksaan bayi secara keseluruhan.
2     Pemeriksaan darah bayi untuk menentukan tahap dan sebab jaundis.
3   Rawatan fototerapi / lampu khas adalah cara senang dan berkesan untuk mengurangkan jaundis.
4  Pertukaran darah kadang-kadang diperlukan untuk kes jaundis yang teruk.
5     Pemeriksaan darah sekurang-kurangnya sekali sehari untuk menentukan pemulihan.

 

Adakah ianya merbahaya?


Kebanyakan kes jaundis tidak  merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy.
Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.
 
Paras kepekatan bilirubin yang tinggi di dalam darah boleh merosakkan otak bayi. Bayi perlulah mendapat rawatan segera tak kira apa punca yang menyebabkan jaundis itu berlaku. Bayi perlu diberi rawatan di hospital apabila paras kepekatan bilirubin sangat tinggi manakala paras jaundis yang rendah tidak begitu membahayakan.

Bayi yang menghidap jaundis perlu mendapat susu yang cukup untuk mengelak menjadi kekeringan.  JAUNDIS (DEMAM KUNING) (Kredit)

Saturday, November 22, 2014

Tips dan Panduan Ketika Banjir

Assalamualaikum...
  
Hari ini saya ingin berkongsi tips ketika banjir..sebenarnya hari ini saya sekeluarga baru jer pulang ke kampung halaman di Terengganu...memang sangat penat...dari dalam flight sebelum mendarat di Airport Terengganu saya nampak keadaan banjir di daerah sekitar Gong Badak masih lagi teruk. Rumah-rumah masih lagi ditenggelami air banjir...entah kenapa banjir kali ini beralih arah ke daerah sekitar Gong Badak pula..ada hikmah disebaliknya..di harap mangsa-mangsa banjir tabah menghadapi dugaan yang besar ini. Di sini saya ingin memberi tips kepada kita semua bagaimana persediaan menghadapi banjir.



Persediaan menghadapi banjir

* Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda seperti sistem amaran banjir dan lokasi pusat pemindahan
* Periksa dan bersihkan semua lubang air semada longkang atau saluran perparitan
* Pastikan seluruh ahli keluarga mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan


Tindakan semasa banjir

Di dalam rumah
* Dengar pengumuman dari radio dan televisyen
* Simpan air bersih
* Bawa masuk perabut dari luar rumah
* Simpan dokumen penting di tempat yang selamat
* Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas
* Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan
* Ikut laluan yang ditentukan


Di luar rumah
* Berpindah awal dan semasa hari siang, ianya lebih mudah dan selamat
* Pergi ke tempat tinggi dan selamat
* Jangan bersiar-siar di kawasan banjir
* Jangan sentuh kabel atau wayar yang jatuh
* Jangan minum air yang tercemar
* Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan
* Awasi kanak-kanak


Tindakan selepas banjir
* Jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan
* Beri bantuan kepada jiran atau orang kurang upaya
* Jangan terus memasuki rumah. Periksa kerosakan dinding, lantai, siling, pintu dan tingkap.
* Lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan
* Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan di lantai rumah. Periksa kehadiran binatang atau serangga berbisa dan berbahaya
* Periksa paip saluran gas, wayar elektrik, peralatan elektrik dan bahan-bahan mudah terbakar.
* Periksa kerosakan tangki septik
* Buang bahan-bahan makanan dan minuman yang terendam
* Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa

 

Jika kenderaan anda terperangkap di dalam banjir

* Kurangkan kelajuan kenderaan anda ketika hujan
* Nyalakan lampu kerana ini membolehkan anda melihat dengan lebih jelas
* Pilih laluan yang lebih selamat
* Jangan melalui jalan yang sedang dinaiki air
* Jangan memandu di dalam keadaan hujan yang terlalu lebat
* Berhenti di tempat yang selamat dan nyalakan lampu isyarat kecemasan (hazard light)
* Ikut arahan pihak berkuasa
* Jika enjin kenderaan anda mati di tengah banjir, keluar segera dan beredar ke kawasan yang lebih tinggi
* Jangan cemas dan bersedialah untuk meninggalkan kenderaan anda
* Segera tinggalkan kenderaan anda apabila keadaan bertambah buruk
* Segera ke tempat yang tinggi dan dapatkan bantuan
* Hubungi polis atau bomba untuk mendapatkan bantuan
* Ingat, tindakan awal dapat menyelamatkan nyawa anda dan orang yang disayangi




Berikut pula adalah panduan penjagaan kesihatan semasa banjir

• Sentiasa minum air yang telah dimasak
• Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
• Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
• Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling
• Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
• Guna tandas yang sempurna
• Buang sampah di tempat yang betul
• Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
• Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah


Di harap tips ini dapatkan menjadi panduan kepada kita semua ketika berhadapan dengan musim banjir ini.

Friday, November 21, 2014

Bagaimana Cara Ibu Hamil Dapatkan Bayi Yang Pintar

Setiap ibu bapa inginkan anak yang sihat dan pintar. Seperti mana yang kita tahu, perkembangan otak bayi telah pun bermula pada minggu-minggu awal kehamilan lagi. Untuk memastikan perkembangan otak bayi berada di tahap optimum, antara supplement yang baik untuk diambil ialah minyak ikan. Minyak ikan sangat kaya dengan Asid Lemak Omega-3. Pentingkah minyak ikan ini? 






Apakah Asid Lemak Omega -3?


Omega-3 adalah satu rantaian asid lemak politaktepu yang merupakan antara nutrien terpenting untuk kesihatan dan tumbesaran. Malangnya, asid lemak ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan oleh itu ia mesti diperolehi dari diet atau suplement. 

Penyelidikan menunjukkan bahawa asid lemak omega 3 mempunyai DHA dan EPA. Walaupun EPA dan DHA secara semulajadi bekerjasama di dalam badan, kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. Antara fungsi EPA adalah menyokong sistem jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. Manakala, fungsi DHA pula, menyokong otak, mata dan sistem saraf pusat. Dan hal ini sangat penting bagi wanita hamil dan menyusu. 


Mengapa Omega-3 penting?


Pengambilan Omega 3 yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran seimbang bahan seperti hormon yang dipanggil prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, tindak balas keradangan dan alahan, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung pada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar, manakala yang lain tidak boleh dihasilkan pada semua proses. Apa yang lebih berbahaya, ketidakseimbangan prostaglandin boleh membawa kepada penyakit. 

Peranan omega-3 dalam menghasilkan prostaglandin memberi banyak bermanfaat. Dan banyak pesakit, apabila mengamalkan suplement yang kaya dengan omega-3, telah menunjukkan kesihatan yang lebih baik termasuk dapat mencegah penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif dan peraturan keradangan. Dos yang tinggi dalam pengambilan omega-3 telah digunakan untuk merawat dan mencegah gangguan mood dan kajian terbaru telah mengenalpasti potensi kebaikan omega 3 termasuk untuk merawat kanser, penyakit keradangan usus dan lain-lain penyakit autoimun seperti lupus dan artritis reumatoid. 




Mengapa mengambil Omega-3 penting terutamanya semasa mengandung?


Kajian menunjukkan, Omega-3 adalah penting bagi perkembangn otak bayi dan visual awal bayi. Walau bagaimanapun, diet orang Malaysia sangat kurang dengan omega 3 ini. Lebih memburukkan keadaaan, selalunya disebabkan pengurangan pengambilan omega-3 oleh ibu-ibu hamil, kandungan omega 3 yang perlu disalurkan kepada bayi adalah tidak mencukupi. 

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa menambah EPA dan DHA untuk diet wanita hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan visual dan kognitif bayi. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan omega 3 yang tinggi boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi. Kajian juga menunjukkan, pengambilan EPA dan DHA dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia dan boleh meningkatkan berat badan ketika lahir. Sebaliknya, kekurangan Omega-3 boleh meningkatkan risiko ibu untuk kemurungan. Ini mungkin menjelaskan mengapa kecelaruan mood selepas bersalin boleh menjadi lebih teruk dan mula lebih awal dengan kehamilan berikutnya. 


Apa makanan mengandungi Omega-3 (EPA + DHA)?


Sumber terbaik EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis, dan ikan hering. Ramai orang bimbang tentang kandungan merkuri dan bahan toksin lain dalam ikan. Atas sebab ini, suplemen minyak ikan yang melalui proses penyulingan sering menjadi sumber paling selamat. Untuk mendapat minyak ikan yang berkualiti tinggi, perlu dilihat kepada pengilang yang mempunyai reputasi tinggi. Hal ini untuk memastikan kandungan EPA dan DHA adalah tanpa risiko ketoksikan. 

Adakah ia selamat untuk mengambil Minyak Ikan semasa mengandung?


Minyak ikan dalam bentuk kapsul adalah selamat untuk diambil semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan) boleh mengandungi toksin alam sekitar seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh dihapuskan semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi dan proses penapisan lanjutan. 


Apakah yang perlu saya mencari apabila membeli minyak ikan?



1) Proses penghasilan minyak ikan 
Bagaimana minyak ikan dikeluarkan dan apakah standard kualiti yang digunakan oleh pengilang? Standard yang digunakan oleh para pengilang seharusnya menggunakan standard yang diiktiraf oleh badan-badan farmaseutikel. 


2) Bau 
Adakah minyak ikan berbau hanyir? Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan adalah disebabkan minyak ikan itu telah mula merosot dari segi kualiti dan selaunya ia menjadi tengik. Minyak ikan yang berkualiti tinggi tidak akan berbau hanyir. 


3) Rasa 
Adakah minyak ikan berasa hanyir? Minyak ikan yang segar dan berkualiti tinggi yang tidak berasa hanyir. Elakkan minyak ikan yang mempunyai rasa yang benar-benar kuat atau bahan tiruan ditambah ke dalamnya. Ini kerana berkemungkinan besar pengilang cuba untuk menyembunyikan rasa hanyir minyak ikan yang telah menjadi tengik. 



Mengapa perlu pilih Omega Guard Shaklee?




1) Omega Guard Shaklee tidak mempunyai rasa hanyir dan bau hanyir

2) Omega Guard Shaklee adalah ultratulen dan bergred Farmaseutikal.




Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal

OmegaGuard Shaklee dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.


Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.


Jadi.... memang tak boleh dinafikan pengambilan Omega3 oleh ibu hamil sangat lah penting. Untuk dapatkan Omega Guard, hubungi saya ...konsultasi sebelum dan selepas pembelian adalah percuma...


 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-

 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
012-3925240
 https://www.facebook.com/znzHealthcare 
mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"


Thursday, November 20, 2014

Pukung || adat Banjar Tidurkan Bayi

Assalamualaikum...
 Hari ni saya nak share satu benda  yang mana tak semua orang tau melainkan orang Banjar. Walaupun saya bukan orang banjar..tapi saya amat tertarik dengan adat ini.
 
Tradisi berpukung .... popular di kalangan keturunan Banjar ... setiap anak Banjar akan merasa di pukung ... pukung ini bukanlah satu bentuk penderaan ... ramai yang melihat anak-anak dipukung akan merasa yang anak itu dalam kesakitan tetapi sebenarnya ianya memberikan keselesaan ... lebih-lebih lagi pada bayi yang menghadapi masalah perut kembung ... ini kerana bila bayi sakit perut, mereka tidak mahu baring ... sebaliknya mahu di dukung sahaja ... jika dipukung mereka akan rasa selesa ...
Bagaimana berpukung?? berpukung tu adalah bayi tidur dalam keadaan duduk di dalam buaian ... sehelai kain akan diikat dibawah bahu bayi untuk mengampu bayi supaya tegak ... ikatan itu bukanlah dibawah leher ... jika dileher bayi akan terjerat nanti ... sebaiknya gunakan kain yang lebar supaya jerutannya tidak menyakitkan bayi ...

PERHATIAN : INI BUKANLAH KES PENDERAAN BAYI !!!....... tetapi inilah suatu kaedah menidurkan bayi yang diamalkan oleh orang-orang banjar. Kaedah ini dikenali sebagai PUKUNG. Walau bagaimanapun kaedah ini hampir dilupakan oleh generasi banjar masa kini. Akibatnya amat jarang sekali kita dapat melihat bayi dipukung walau di kalangan masyarakat banjar sekalipun. Hal ini terjadi kerana kemahiran memukung ini tidak diperturunkan kepada generasi muda disamping kurangnya keyakinan diri untuk memukung bayi berkenaan di kalangan generasi banjar sekarang.

TEKNIK MEMUKUNG :


Buai yang digunakan mestikah bertali dua supaya kedudukan bayi dan ayunan buai stabil. Kain buai biasanya kain batik atau kain pelikat.

Sehelai kain batik atau pelikat yang lain juga digunakan sebagai tali pengikat di bahagian leher atau bawah dagu.

Bayi yang ingin dipukung diletakkan di dalam buai secara duduk. Lebihan belakang kain buai dikemaskan ke bahagian tepi menjadikan bahagian belakang seolah-olah tempat bersandar bayi ketika dalam buaian.

Kain batik atau pelikat kedua digulung kemas sebelun dililit di bahgian bawah dagu bayi. Pastikan lilitan ini kemas dan selesa untuk bayi. (tidak terlalu ketat atau terlalu longgar serta ketinggian yang sesuai).

Kini bayi di dalam buaian seolah-olah dibedung atau dipeluk oleh kain buaian berkenaan.


KEBAIKAN BERPUKUNG :


1. Tidur dengan lebih lena seolah-olah berada dalam dakapan ibu

2. Tidak mudah tersedak ketika menyusu (susu botol)

3. Tidak mudah ada ruam kerana air kencing turun ke bawah

4. Tidur dengan kedudukan selesa seperti kedudukan dalam kandungan rahim ibu

5. Mudah untuk ibu menimang dan mendodoikan bayi

6. Orang Banjar bila tua jarang yang bongkok, kaedah ini dapat menguatkan tulang belakang sejak dari bayi lagi

7. Jika bayi selsema ia akan lebih lena tidur dan dapat membuka saluran pernafasan dengan baik

8. Jarang berlaku bayi jatuh dari buaian dan si ibu dapat berkerja dengan selesa tanpa rasa risau







Fully Design By izza sakura