Sunday, December 7, 2014

Penyakit SLE || Gejala Dan Penyebab SLE

APA ITU PENYAKIT SLE

Penyakit lupus atau Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) adalah penyakit autoimun di mana sistem kekebalan tubuh keliru menyerang jaringan sihat. Penyakit Lupus Eritematosus Sistemik (SLE) yang dikenali juga sebagai 'LUPUS'. Penyakit ini adalah keradangan kronik yang disebabkan sistem pertahanan badan (autoimun) yang tidak normal melawan tisu badan sendiri. Hal ini menyebabkan peradangan kronis jangka panjang. Dari segi bahasa, Eritematosus artinya kemerahan, sedangkan sistemik berarti tersebar luas diberbagai organ tubuh, tetapi dalam pembicaraan sehari-hari SLE disebut lupus saja (Philips, 1996; Heru, 2002). 


RASA PENAT

Pakar perubatan Dr H.Tan memberitahu bahawa ciri-ciri wujud SLE adalah berlainan antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain.

"Kira-kira 80 peratus daripada pesakit SLE mengalami sakit sendi dan otot selain ruam di kulit. Mereka juga rasa lemah-lemah serta tidak sihat.

"Pada kemuncaknya, pesakit SLE akan mengalami selesema dan ini mungkin diiringi demam, keletihan dan sakit otot. Bagi wanita, simptom ini mungkin lebih teruk sebelum pusingan haid dan sebab itulah simptom itu kadangkala disalahsangka sebagai tekanan stres sebelum haid," kata beliau.

Menurut pakar itu lagi, gejala yang biasanya timbul dalam kes SLE adalah artritis (radang dan sakit sendi) di tangan, kaki dan juga lutut.

Terdapat juga keletihan dan ruam pada kulit (termasuk muka dan badan).
 

Antara gejala-gejala SLE:


*ruam pipi (malar rash)
*ruam merah pada kulit (discoid rash)
*peka terhadap cahaya (photosensitivity)
*luka sekitar mulut (oral ulcers)
*artitris (radang sendi)
*radang pada selaput sereus (serositis)
*kelainan pada ginjal (renal disorder)
*kelainan fungsi saraf (neurologic disorder)
*kelainan darah (hematologic disorder)
*kelainan pasa sistem kekebalan tubuh (immunologic disorder)


SISTEM IMUN

Menurut pakar-pakar perubatan, SLE adalah penyakit yang muncul dari sistem imum badan itu sendiri.

"Dalam SLE, sistem imum badan jadi tidak seimbang mengakibatkan badan memberi reaksi terhadap tisu yang sihat. Itulah sebabnya simptom SLE boleh berbeza (dari satu individu dengan individu yang lain).

"Penyakit ini juga disebabkan jenis ubat yang diambil," kata Dr Tan.

Kata beliau SLE diklasifikasikan sebagai penyakit reumatik sendi dan boleh melibatkan beberapa organ dalam badan seperti buah pinggang.

PENYEBAB SLE

Faktor-faktor yang menyebabkan SLE sebenarnya tidak diketahui walaupun ada kajian menunjukkan kemungkinan wujudnya faktor genetik.

Kata Dr Tan, SLE adalah 10 kali lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita daripada lelaki.

"SLE sukar untuk diberi diagnosis. Kadangkala pesakit LUPUS perlu merujuk beberapa orang doktor barulah penyakit ini dapat dikenalpasti.

"Simptomnya yang sama dengan penyakit lain menyebablan SLE sukar diberi diagnosis. Tiada ujian yang spesifik bagi menentukan sama ada seseorang itu menghidapi SLE.

"Ia bukan luar biasa bagi seseorang itu menghidapi SLE selama berbulan atau bertahun sebelum beliau mengetahui dirinya mempunyai diagnosis penyakit itu," kata Dr Tan.

Katanya doktor hanya dapat memberi diagnosis setelah meneliti riwayat perubatan pesakit dan dibantu analisis ujian rutin makmal serta juga beberapa ujian khas berkaitan dengan status imun pesakit.

"Terdapat 11 kriteria untuk diagnosis. Jika pesakit mempunyai empat daripada kriteria ini termasuk ujian darah, maka beliau boleh dikatakan mempunyai diagnosis positif SLE," terang beliau.

MEMBAWA MAUT


Pakar-pakar reumatologi memberitahu bahawa penyakit SLE boleh membawa maut.

Yayasan SLE Amerika menyatakan komplikasi daripada penyakit itu menyebabkan beribu-ribu pesakit mati di seluruh dunia setiap tahun.

Tetapi diagnosis awal serta pengurusan penyakit yang lebih baik telah membolehkan ramai pesakit menjalani kehidupan yang normal. Malangnya bagi ramai yang menghidapi penyakit ini mereka terpaksa menjalani kehidupan yang mengganggu kualiti hidup.

'PENAWAR' BAGI LUPUS


Pakar-pakar perubatan berkata tidak ada 'penawar' bagi SLE untuk ketika ini.

Tetapi terdapat rawatan bagi mengawal simptom dan penyakit ini. Terapinya bergantung pada organ yang terlibat serta tahap penyakit ini.

Kata Dr Tan, pesakit yang mempunyai simptom SLE seharusnya berjumpa dengan doktor secepat mungkin.

"Mereka (pesakit) perlu menerangkan keseluruhan riwayat perubatan mereka walaupun tiada gejala yang timbul ketika itu. Doktor mungkin memerlukan pesakit menjalani ujian tambahan dan merujuk pesakit kepada pakar reumatologi dan pakar dermatologi," katanya.

Maklumat yang lebih mengenai SLE boleh didapati dari www.lupus.org.

"Rehat yang lebih juga merupakan bahagian penting dalam pengurusan penyakit ini," tambah beliau.

-- BERNAMA (kredit)

Saturday, December 6, 2014

Cara Untuk Menghilangkan Parut Secara Tradisional Dan Moden

Assalamualaikum...dan salam ceria selalu...

Hari ini saya nak kongsikan sedikit info tentang cara untuk menghilangkan parut secara tradisoinal dan moden. Yerlaa bak kata orang, nak kenang perkara silam tengok pada kesan parut....hihihi..time kecil-kecil dulu...naik basikal ...pastu jatuh..so luka akibat jatuh basikal tu masih ada...tengok parut teringat manisnya saat waktu kecil-kecil dulu ...

Sebenarnya, parut ini ada banyak jenis. Ada parut akibat luka, parut jerawat, parut kesan gigitan serangga, parut akibat terkena bahan api, parut cacar atau kudis buta, parut akibat pembedahan dan sebagainya. Sebagai wanita, adalah menjadi igauan ngeri jika mempunyai parut kekal, lebih-lebih lagi di bahagian muka, kaki dan tangan. Jatuh saham uolls klau anak dara...hihihi...

Oklaaa, bila ada parut, mesti kita cari penyelesaian bagaimana nak hilangkan parut tersebut. Di sini saya senaraikan beberapa tips atau petua untuk menghilangkan parut untuk panduan bersama.

1. Kulit kayu manis & bedak sejuk
KULIT KAYU MANIS
BEDAK SEJUK
Sediakan 2 batang kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus dan kemudian campur dengan bedak sejuk dan sedikit air. Lepas tu lumurkan pada tempat berparut. Lakukan sekerap yang mungkin, in shaa Allah lama kelamaan parut akan pudar.

2. Daun lidah buaya

LENDIR DAUN LIDAH BUAYA DIPICIT KELUAR
Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun tersebut pada parut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

3. Asam jawa

BUAH ASAM JAWA
Ambil sedikit asam jawa, campur sedikit air dan ramas. Jangan terlalu cair. Sapukancampuran asam jawa ini pada tempat berparut kemudian tunggu sehingga ia kering. Seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam sebelum tidur, in shaa Allah lama kelmaan parut akan beransur hilang.

4. Kulit pisang

KULIT PISANG
Sapukan lendir kulit pisang (bahagian dalam) pada bahagian berparut setap hari sehingga parut hilang.

5. Kacang hijau

KACANG HIJAU
KACANG HIJAU YANG TELAH DITUMBUK DAN DICAMPUR AIR DISAPUKAN KE KAWASAN BERPARUT
Ambil segenggam kacang hijau, tumbuk sehingga hancur menjadi serbuk (bedak) kemudian campur sedikit air. Sapukan pada bahagian yang berparut. Amalkan sekerap yang boleh.

6. Jagung muda

JAGUNG MUDA






Sediakan jagung muda, parut hingga lumat dan sapukan pada bekas parut setiap hari sehingga kesannya pudar.










7. Vitamin Shaklee
SUSTAINED RELEASED VITAMIN C SHAKLEE









  • VITAMIN C merupakan antioksidan yang membantu proses pembaikan tisu terutama bekas2 jerawat dan parut. Ia juga membantu penghasilan kolagen dalam badan yang boleh membantu menguatkan sel kulit
VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE
  • VITAMIN E juga sejenis antioksidan yang membantu mengurangkan parut, meningkatkan ketahanan sel kulit dan mengelakkan tisu teroksida untuk menjadikan kulit lebih gebu
COLLAGEN POWDER SHAKLEE
  • COLLAGEN membantu mengecilkan liang2 pori yang kelihatan serta menghilangkan kedutan dan garis2 halus


Kredit



 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-

 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
012-3925240
 https://www.facebook.com/znzHealthcare 
mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"

Friday, December 5, 2014

Khasiat Daun Pegaga

Assalamualaikum...

Sekarang adalah musim cuti sekolah...jadi syok laaa bila duduk kampung...bila time kat kampung...macam-macam makanan pelik yang boleh dimakan...yang paling best ulam-ulaman tak payah beli...pergi petik jer kat kebun atau di sekitar rumah mak...

Sebut pasal ulam ini, terlintas hari ini nak buat entri pasal satu jenis ulam yang paling saya suka...sebab utama saya suka ulam ini adalah dapat buat awet muda u....hiihhii..jeng..jeng..jeeennng....

Kalau nak tau ulam tu adalah ulam Daun Pegaga..so kat sini saya nak cerita pasal khasiat Pegaga..Berbagai cara untuk makan pegaga ini..ada yang buat ulam iaitu makan bersama-sama nasi...dan ada juga meminum air rebusan pegaga...terpulang kepada anda...
saya lebih suka makan yang fresh...lagi satu mak saya suka buat kerabu pegaga...fuuuh..sedap..!!!

Banyak betul khasiat ulam pegaga nie....

KHASIAT PEGAGA


1) IA DAPAT MENGATASI PENYAKIT KENCING MANIS.

2) MENGURANGI KADAR LEMAK SETELAH MEGAMBIL SECARA. BERTERUSAN SELAMA 2 MINGU. BADAN AKAN TERASA RINGAN DAN SEGAR.

3) MENGATASI SEMBELIT DAN ANGIN.

4) MELANCARKAN PEMBUAGAN AIR BESAR DAN MEMBANTU MENGELUARKAN TOKSID AKIBAT SEMBELIT.

5) MENURUN KADAR ASID URIK YANG BERLEBIHAN AKIBAT PENYAKIT GHOUT.

6) MENHILANGKAN SAKIT KEPALA AKIBAT MIGRIAN.

7) MENGHALUSKAN KULIT DAN MENGATASI MASALAH PENYAKIT KULIT.

8) MENGUATKAN SEL OTAK DAN BAIK UNTUK MINDA KITA SEMUA.

9) MENGUATKAN IMUNISASI BAGI MENCEGAH PENYAKIT.

10) SANGAT BAIK UNTUK WANITA YANG MEGANDUNG DAN SETELAH MELAHIR KAN ANAK.

11) MENGATASI MASA ALAH KENCING MANIS DENGAN MENURUN KAN KADAR GLUKOS

12) MENCEGAH MASALAH KARDIVASKULAR.

13) BAIK BAGI WANITA YANG MENOPOUS DAN OSTEOPORISIS.

14) JIKA ANAK KEMBUNG PERUT . MINUM AIR INI DI TAMBAH KAN MADU ASLI. INSYAALLAH..

15) UNTUK PENYAKIT KULIT SEPERTI - KURAP - GATAL2 - KUTU AIR. AMBIL HAMPAS TEH PEGAGA TERSEBUT DAN SAPU KAN PADA BAHAGIAN TERSEBUT.

16) UNTUK BUASIR PULA,  SETELAH DI MINUM  HAMPAS TEH PEGAGA TERSEBUT DI BUNGKUS DALAM KAIN PUTIH DI BUNGKUS KEMAS. KEMUDIAN DI SELIT KAN TEMPAT SAKIT .

Haaa..banyak betul kan khasiatnya...jadi lepas nie amalkan memakan ulam pegaga ini yer... Lepas nie, jom  pakat tanam banyak2 pokok pegaga kat halaman rumah...kalau kreatif, ianya juga boleh dijadikan lanskap yang indah di halaman rumah kita....

Thursday, December 4, 2014

Vitamin Cinta Lambang Kebahagiaan Rumah Tangga

Assalamualaikum...dan salam sejahtera...
Entri kali ini saya nak sentuh tentang kebahagiaan rumah tangga. Setiap pasangan yang berkahwin memang impikan hubungan yang dibina bahagia hingga hujung nyawa...pernah tak anda dengar tentang vitamin Cinta? Macam menarik jer kan...kalau nak tahu..shaklee ada produk yang dikenali sebagai Vitamin Cinta...Apa pulak Vitamin Cinta ini...Haaa...jom kita tengok apa dia Set Vitamin Cinta nie....

Vitamin Cinta yang saya maksudkan tu adalah vitamin E dan Alfalfa.. Kedua-dua vitamin ni sangat penting dalam menghangatkan lagi hubungan suami isteri..


SIAPA YANG PERLUKAN VITAMIN CINTA INI:


# pasangan suami isteri yg mengalami HUBUNGAN YG HAMBAR.
# wanita yang baru selepas habis tempoh berpantang/yg baru
selepas bersalin.
# mereka yang mempunyai masalah RESDUNG, JERAWAT, ALAHAN
# wanita yang mempunyai MASALAH KEPUTIHAN.
# wanita yang mempunyai MASALAH MISS V BERBAU

JUGA SESUAI BAGI:

# ibu-ibu menyusu
# pesakit darah tiggi, kolestrol tinggi serta yang mempunyai
masalah kesihatan jantung.
# mereka yg mengalami masalah perut buncit.
Peranan vitamin E kepada suami: 1. Lebih tenaga 2. Ereksi yang lebih lama 3. Lebih cepat terangsang 4. Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat Peranan Vitamin E untuk isteri: 1. Lebih tenaga 2. Ereksi yang lebih lama 3. Lebih cepat terangsang 4. Untuk menstabilkan hubungan seks/kewanitaan terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Manfaat Produk:

ALFALFA COMPLEX
  • Berfungsi seperti "kacip fatimah" iaitu merapatkan yang membantu hubungan suami isteri semakin hangat
  • Membantu pembesaran payudara, (wahh!! bonus ni)
  • Membantu menyelesaikan masalah "kering ketika bersama"
  • Membantu mengurangkan masalah keputihan pada wanita

VITAMIN E COMPLEX


1. VITAMIN E WANITA : IA MAMPU MENINGKATKAN KESERIAN
WAJAH & MENSTABILKAN HORMON
2. Vitamin E mencantikkan & melembapkan kulit
3. Vitamin E menghilangkan parut jerawat & dapat mengecutkan
jerawat yang baru nak naik.
4. Vitamin E memulihkan luka - kebakaran, pembedahan,
terjatuh, gigitan serangga dan sebagainya.
5. ibu yang bersalin secara caesarean sangat recommended
utk ambil vitamin e bagi memulihkan luka jahitan dalaman &
luaran.
6. Vitamin E mengurangkan strecthmark selepas bersalin.
7. vitamin E boleh disapukan di perut dan penggunaan yang
konsisten akan mengurangkan kesan regangan.
8. Vitamin E boleh dikeluarkan dari kapsulnya dan dijadikan
masker apabila disapukan pada kulit bermasalah.
9. VITAMIN E MENGIMBANGKAN HORMON, DAN MEMULIHKAN
KEINGINAN SUAMI ISTERI, 

TESTIMONI 

Jom lihat apa kata pengguna set vitamin cinta
 
 
*INI UNTUK PASANGAN SUAMI ISTERI SAHAJA YER..hihi..

HANGATKAN HUBUNGAN ASMARA ANDA DENGAN MENGAMBIL SET VITAMIN CINTA INI. PASTI BERBALOI DAN RUMAHTANGGA BAHAGIA. 
Pssss!!!Bulan nie promosi Vita E..so anda boleh mendapatkan harga Set Vitamin Cinta yang special...jadi apa tunggu lagi...hubungi saya untuk mendapatkan hari ini...
 
 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-

 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
012-3925240
 https://www.facebook.com/znzHealthcare 
mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
 

Wednesday, December 3, 2014

Mini Lucky Draw Blog XDramaqueen 2

Assalamaulaikum...
Apa khabar semua...semoga ceria-ceria selalu...arini saja join lagi Mini Lucky Draw anjuran Blogger Ayuni Rafilah.  Saja suka-suka join nie..lagipon bukannya kena bayar...hihihi...yang first bulan lepas melepas nak dapat hadiah..dah sip-sipi nak dapat tempat pertama....tapi takde rezeki lagi...bulan lepas tempat pertama nombor 55 ..yang saya pulak nombor 59...huhuhu..Malas nak sembang banyak jom sertai Mini Lucky Draw Blog XDramaqueen 2

SILA KLIK BANNER UNTUK JOIN
Pemenang akan dipilih melalui random.org. Nombor bertuah akan memenangi:

Hadiah pertama:

Potret vektor oleh Ayuni Rafilah + beg kertas safari

Hadiah kedua:

Magnet peti sejuk dari London dan Sabah.

Hadiah ketiga:

Sabun gamat handmade + memo pad

Hadiah saguhati x 3:

Highlighter bulat + memo pad

Tarikh tutup: 31 Disember 2014


So, jangan lepaskan peluang ini yer..jom sertai sekarang...

Tuesday, December 2, 2014

20 Tips Penjimatan Petrol Kereta Anda

Assalamulaikum...

Sejak akhir-akhir ini isu kenaikan harga minyak petrol hangat diperkatakan sana sini...jadi di sini saya ingin memberi sedikit tips macam mana cara untuk kita boleh jimatkan petrol kereta kita. 

Tips cara jimat minyak petrol ni bolehlah dicuba untuk kenderaan anda. 


1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk.
Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda.
Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.

2. Isi minyak dengan perlahan-lahan
Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.

3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh.
Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

4. Kurangkan beban atau berat kenderaan anda
Buang barang yang tidak perlu seperti timbunan fail-fail, buku-buku atau peralatan kerja anda (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.

5. Periksa tekanan angin tayar anda.
Perhatikan tayar anda dan pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.

6. Penyelenggaraan
Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas check tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala. Jika malas (terutamanya wanita) boleh hantar ke bengkel yang bertauliah setiap bulan dan boleh saja suruh mekanik yang periksa.

7. Kelajuan
Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak.
Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).
Lihat RPM kereta anda. Jika anda memandu melebihi 3000 RPM berkemungkinan enjin anda memerlukan lebih minyak. Sebab itu kelajuan dan kapasiti enjin memainkan peranan pentin dalam penjimatan minyak.
Dan kalau nak jimat boleh beli kereta tertentu yang mahal kerena teknologi penjimatan minyak mereka lebih maju berbanding kereta murah.

8. Matikan enjin
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang atau menunggu traffic light yang sangat lama. Elakkan menekan pedal minyak ketika kenderaan tidak bergerak.

9. Penggunaan gear yang betul
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin
menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.

10. Penggunaan Brek yang betul
Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.

11. Rancang perjalanan
Merancang perjalanan dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan.
Anda juga boleh buat melakukan dua kerja pada satu masa contohnya dengan memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan anda contohnya semasa anda pulang dari kerja, bolehlah singgah membeli barang keperluan rumah di mana-mana kedai yang berdekatan.
Jadi, anda tidak perlu lagi keluar semasa hujung minggu. Kan jimat minyak macam tu.

13. Minimum penggunaan kenderaan
Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna basikal atau motosikal saja berbanding kereta. LC sekarang RM6000 je. Takkan tak mampu kot. Nak lagi jimat pakai motor Honda. Memang jimat 

14. Tutup air-cond
Apabila cuaca luar sudah sejuk (malam atau di tanah tinggi) eloklah matikan air-cond anda. Selain itu, matikan juga aircond anda bila sudah hampir tiba ke destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.

15. Tutup tingkap kereta
Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu untuk melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kereta anda akan mengalamai rintangan angin menyebabkan kereta bergerak perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.

16. Elak jalan sesak
Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu puncak bekerja. Mulakan perjalanan sebelum jalan menjadi sibuk. Kesesakan jalan raya menyebabkan enjin kereta mengalami pembaziran kerana tidak bergerak.

17. Jaga enjin kenderaan
Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis … Tukar minyak pelincir mengikut jadual selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan
juga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk memaksimumkan keberkesanan enjin. Tanya mekanik bertauliah kalau tak pasti minyak pelincir mana yang terbaik.

18. Sentiasa berkongsi kenderaan
Jika anda dan rakan anda pergi ke tempat kerja yang sama apa bergilir-gilir tumpangkan kenderaan. Selain menjimatkan minyak, kesesakan jalan raya boleh dikurangkan. Itu pun jika semua pengguna jalan raya melakukan amalan ini.

19. Panaskan enjin dengan betul
Biarkan enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat sahaja setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk memanaskan enjin kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.

20. Guna Alat penjimat Petrol
Sekarang lambakan pelbagai jenis alat untuk menjimatkan petrol kereta. Bermacam-macam jenis.. yang main cucuk jer...dan ada yang berbentuk cecair...ada yang murah dan ada yang mahal...yang terkini kalau tak silap saya yang guna sticker...tapi saya belum pernah mencubanya lagi....
Jadi terpulang kepada anda semua....diharap tips ini dapat membantu anda menjimatkan petrol kereta...jimat minyak..jimat duit....

Monday, December 1, 2014

PROMOSI BERGANDA AKHIR TAHUN 2014

Assalamualaikum....dan salam ceria untuk semua...

Sedar tak sedar kita sudah pun masuk ke bulan Disember tahun 2014. Tinggal sebulan je lagi masa untuk kita di tahun 2014 nie... fuhhh...sekejap jer kan..pejam celik..pejam celik dah pon masuk bulan terakhir tahun 2014. Sempena musim cuti sekolah ni...banyak kedai-kedai menawarkan jualan akhir tahun (YEAR END SALE).

Bukan setakat pasaraya jer...Shaklee pon buat kejutan juga tau...Yerlaa Sempena bulan terakhir 2014 nie...Shaklee telah membuat PROMOSI BERGANDA AKHIR TAHUN 2014.

VITA-C SUSTAINED RELEASE  BUY 6 FREE 1
&
VITA- E COMPLEX BUY 6 FREE 1


Opppss...Bukan itu saja tau....
Bagi yang rasa terlalu banyak nak beli promosi kat atas tu..anda bolehlah memilih untuk membeli 2 BOTOL...dan masih boleh dapatkan diskaun...

  TWIN PACK (2 BOTOL) dan DAPATKAN DISKAUN 5%



Waaah..hebat nyer PROMOSI bulan ni....Nampak gaya yer...bulan nie memang BULAN CINTA BERSERI-SERI...nak cantik berseri-seri..suami bertambah sayang..keluar rumah pon yakin jer tanpa sebarang make up....rugi klau tak grab promosi bulan ini..

Klik DI SINI  untuk maklumat lanjut tentang khasiat VITA C Sustained Release.
Klik DI SINI untuk maklumat lanjut tentang khasiat VITA E COMPLEX

Lagi satu...dengan belian PROMOSI  VITA-E COMPLEX BUY 6 FREE 1 anda boleh dapatkan:

                                  1. FREE MEMBERSHIP

                                  2. CASH BONUS

                                  3. FREE 1 BOTOL VITA E

 

Jadi, jangan lepaskan peluang Promosi berganda ini....hubungi saya untuk maklumat lanjut...konsultasi sebelum dan selepas pembelian adalah PERCUMA


 - Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 - Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-

 Nor Azimah binti Deraman 
SID: 1069185 
012-3925240
 https://www.facebook.com/znzHealthcare 
mia_idora2000@yahoo.com 

 COD AREA KOTA MARUDU, PITAS

 "INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE? HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"


Fully Design By izza sakura