Diserang sakit perut akibat keracunan boleh berlaku pada
bila-bila masa sahaja. Paling tidak selesa apabila diserang sakit perut ketika
sedang nyenyak tidur di tengah malam. Tentu sahaja sukar untuk anda pergi ke klinik
bagi mendapatkan rawatan. Namun, sakit perut akibat keracunan makanan boleh
juga dirawat menggunakan bahan semula jadi yang ada di rumah anda.
Lidah buaya
Selain daripada kaya dengan vitamin E, jus lidah buaya dapat
membantu mengeluarkan racun dari dalam badan. Racun akibat makanan ini akan
dibawa keluar dari badan, kemudian bahagian yang terjangkit disembuhkan oleh
jus lidah buaya.
Delima
Delima merah dikatakan boleh mengatasi masalah cirit-birit
yang disebabkan keracunan makanan.
Daun peppermint
Daun yang berasa segar dan pedas ini memang sedap dimakan
bersama mihun sup atau teh panas. Pepermint juga boleh menjadi ubat jangkitan
perut yang disebabkan keracunan makanan.
Lemon
Semua orang seeloknya menyimpan buah lemon dalam peti sejuk
masing-masing. Lemon terkenal banyak khasiatnya termasuk membunuh bakteria
jahat dalam perut yang membuatkan cirit-birit.
Yogurt
Yogurt yang berkrim juga adalah anti septik terbaik untuk
perut yang dijangkiti bakteria. Masalah pencernaan dapat diselamatkan dengan
bertambahnya bakteria baik yang diperoleh apabila makan yogurt.
- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
-
Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
Nor Azimah binti Deraman
SID: 1069185
Call/whatsapp/sms : 012-3925240
Fanpage : https://www.facebook.com/znzHealthcare
emel: mia_idora2000@yahoo.com